Total Pageviews

Friday, December 16, 2011

Moment of truth

Di saat aku tulis blog ni, bukaan serviks wife aku dah 6cm...

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan isteriku, aku maafkan segala dosa-dosanya.. Kau ampunilah segala dosa-dosanya agar dia dapat melahirkan zuriatku dengan mudah.

Janganlah Kau ambil nyawanya walaupun aku tahu sekiranya kau takdirkan sebegitu maka isteriku akan fisabilillah..

Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw.. Amin ya rabbal alamin..

16/12/2011
4.21 pm
PPUM

Friday, November 25, 2011

Roti Gardenia Hijau

minggu ni dari isnin sampai jumaat straight aku breakfast wholemeal bread gardenia hujau tuh.. power kan?
sebenarnya memang ni pun breakfast ruji aku starting this year.. cuma sejak dah 3 minggu aku jadi fitness instructor kat gym office aku ni je aku lagi disiplin. dibantu oleh kerajinan wife aku prepare those breakfast early in the morning.

breakfast isnin: red salmon tuna tc boy
Lunch isnin: telur rebus hancur + blackpaper



















tapi kadang-kadang kalau ada makan-makan kat office ke, wife aku terbangun lewat or tak sihat ke, aku outstation ke or weekend and cuti baru la aku bedal typical malaysian breakfast seperti nasi lemak, roti canai, etc...

breakfast selasa: sosej with cheese
dari pemerhatian aku, tak ramai yang dapat follow healthy diet macam nih.. tepuk dada tanya weight scale tu..
kalau aku nak sembang pasal diet, health and fitness ala-ala kevin zahri sampai subuh pun tak habis..

breakfast rabu: egg banjo with mayonis
salah satu goal dalam hidup aku ialah tak nak out of shape sebelum umur 35.. kalau dapat sampai umur 40 or lebih lagi bagus la kan..
now i'm happy with my shape, cuma ada certain part yang nak kene toning sikit especially abs..
if possible nak dapat six pack balik macam zaman muda-muda dulu.. masa tengah peak main sport (hockey) untuk universiti..
start buat degree back in 2004 aku pun dah slow, lemak-lemak pun mula berkumpul..
zaman jadi trainer kat true fitness dulu pun tak dapat 6 pax sebab nak buat size, so kene makan dan bedal..
training pon tak cukup mantap kot..
dulu aku keding je... boleh refer kat gambar-gambar lama kat facebook.. so nak sasa la sikit.. haha

breakfast khamis: ramli burger of coz with cheese
bila aku join advertising back in early 2010 berat aku mencatatkan kenaikkan tertinggi dalam sejarah..
but still in shape though!! cuma muka jadi boolat.. bulat bulat bulat...
masa tu office lama aku provide lunch.. nasi padang, nasi campur, nasi ayam and once a while fast food, u name it.. memang membulat la aku time tu..
plus workout at the gym not consistent, always hang makan-makan with client.. memang padu la lemak kat perut masa tu..

breakfast jumaat: roti telur gulung sosej
start this year when i joined government agency ni aku start to make a change..
wife aku pulak rajin je buat breakfast untuk aku, walaupun dia tengah sarat pregnant..
so takde masalah la..
lunch pon kengkadang makan roti je..

wife aku lepas pantang nanti akan aku paksa workout balik kat gym..
masa anak dara dulu dia rajin, lepas kahwin dia malas..
masa dia pregnant ni ada aku ajak pergi swimming, tapi dia taknak.. takper la..
swimming make u easier to deliver.. tapi ada teknik dia laa..
lepas pantang nanti siap la! haha
hari-hari dia mengomel cakap dah gemok.. pregnant memang la kan..
dah almost a month aku follow strict diet ni and ada la nampak perubahan sikit..

tapi....

masalah muka yang bulat macam mana??

Tuesday, November 22, 2011

Suria di cordoba

Harini hari selasa malam rabu... So ada cerita suria di cordoba pukul 10 pm channel 105..
waktu yang sama ada cerita edisi khas kat tv3.. Johan memang kelakar..
Sepanjang wife aku pregnant ni, cerita suria di cordoba ni lah jadi feveret dia..
Dah aku tak dapat tgk edisi khas..
Sebab tak dapat tgk edisi khas, aku update blog ni..

Kebiasaannya memang aku yang memonopoli tv kat rumah ni pun..
Trilogy csi, hawai 5 o, challenger muay thai, bola, wipeout semua slot aku..
Wife aku layan je apa yang aku layan..
Kadang2 layan ustat don, tanya ustat and cerita2 yang sewaktu dengannya..
So kali ni bagi chance la kat dia...
Tu tak campur lagi bila aku tengok dvd tu..

Sekali sekala layan jugak cerita cordoba ni aku tengok..
Dari kecik aku memang dah terbiasa tengok drama sebab ibu aku memang "hantu" drama nih..
Masa aku kecik2, sambil lipat kain ibu aku akan layan drama..
Nak taknak aku pun kene la tengok kan..
Masa kecik2 mana boleh keluar malam..
Bila dia dah masuk tido baru aku ada chance tengok cerita omputih..
Semalam masa final bola sukan sea pun kakak aku melaporkan ibu aku nak tengok drama jugak..
Hahaha... Nasib ko la kaklong..

Sekarang ni wife aku dah 36 minggu mengandung...
Tunggu masa je nih!!!! Anytime orang putih kata..
Setelah aku membebel entah yang keberapa kali aku tak ingat, baru siang tadi dia kemas bag yang nak bawak ke hospital..
Bukan apa, tetiba je baby tu ketuk pintu nak keluar nanti, masak kalau barang tak prepare..
Aku pernah dengar ada orang lagi 3 bulan wife dia/dia nak deliver dah letak barang dalam kereta...
Lagi padu tuh!!

Cordoba oh cordoba... Bila nak abis nih...

Tuesday, November 15, 2011

berat mata memandang, berat lagi perut yang carry baby..

sekarang wife aku dah masuk 8 bulan pregnant.
perut dia dah semakin besar dan seksi sampai kene pakai t-shirt aku.. hehehe
dia taknak beli baju mengandung pun sebab katanya pakai sekejap je..
dia beli banyak seluar mengandung je.. ala yang seluar aladin kain spring perempuan suka pakai tu..

lepas tu tangan and kaki dia membengkak.. besar jugak..
oleh kerana kaki dia yang membengkak tu, dah dua sandal dengan selipar dia putus..
bila sarung selipar jadi tak muat..
hehehe.. klakar pon ada.. tapi aku kesian sebenarnya..
dia selalu suruh aku urut kaki dia.. aku pun layankan je walaupun kadang-kadang ngelat.. hahaha

aritu pergi checkup kat PPUM doc kata baby aku estimate 2.4kg..
dah terlebih 400g.. kalau normal doc kata biasa average 2kg je at this stage..
aku pernah dukung baby sedara-sedara aku or anak kakak ipar aku bawak jalan-jalan..
baru 10 minit pon dah penat, ni kan pulak 9 bulan bawak ke hulu ke hilir..
tapi apakan daya, kalau boleh switch perut wife aku tu kat aku memang aku dah buat..
sabar ye yang.. sikit je lagi..
nanti kita pergi beli sandal baru..

p/s jangan mintak jimmy choo pulak..

Wednesday, November 9, 2011

cornetto royale cokelet vs magnum almond

tajuk entry ni brand aiskrim.. eja cokelet tu salah.. tahu..
dah hujung-hujung pregnancy ni wife aku suka sangat makan aiskrim.. (nasib baik aiskrim, kalau tony romas ke chilis ke masak aku..)
tiap kali beli aiskrim, dia mesti beli magnum almond.. sedap katanya..
tiap kali berhenti kat petrol pump, konfom dia order kat aku magnum almond ni..
so sebelum bayar nak pam minyak, aku hinggap la kejap kat tong aiskrim..
habis tu kalau dia makan tak kan aku nak tengok pulak kan??
aku pun sambar la aiskrim cornetto royale coklat..
aku peminat tegar aiskrim coklat.. aku rasa aiskrim coklat cornetto paling sedap sekali..
sebab tu aku amik brand cornetto..
yang herannya aku ni kalau coklat biasa aku takde la suka sangat.. aiskrim coklat je suka..

ada sekali tu wife aku beli aiskrim magnum almond untuk dia ngan magnum classic untuk aku bawak balik kat rumah..
disebabkan aku mengantuk, aku tak makan la aiskrim tu dulu.. simpan dalam peti ais..
bila aku bangun nak makan, wife aku dah sebat aku punya sebab tak tahan dia kata.. hahaha
klakar pon ada.. layankan je la kan..

aku slalu beli aiskrim "la crimera" letak kat peti ais umah..
konfom la perisa coklat kan..
paling lama seminggu je tahan, pastu dah abis..
sedap wok..

masa sugar test aritu nasib baik sugar level dalam darah wife aku ok..
so aku tak kisah sangat la dia nak bedal aiskrim..
tapi still kene jaga-jaga jugak..

lunch ni pon aku beli eskem coklat bawak naik opis..
nak bedal jap..
babai...


beli kat shell umah aku..

Friday, November 4, 2011

diskriminasi kepada golongan bapa

tajuk gempak kan..
muahaha.. entry ni sebenarnya nak cerita fasal bag barang baby..
2 hari lepas wife aku beli bag ni kat moms care..


specially designed for fathers
harga dia RM 89.90.
pada aku mahal sebab kualiti dia tak sama macam dia punya harga..
tapi ok la kot..
wife aku pegi beli bag ni sensorang.. sian dia.. time ofis hour, macam mana aku nak ikut..
cerita dia yang sebenar abang ipar aku bagi hadiah voucher parkson RM 100 untuk beli bag ni.
tapi wife aku cari kat parkson tak jumpa, dia pun masuk la moms care.
so voucher parkson tu nanti bagi balik abang ipar aku, nanti dia bagi la hadiah lain.. hahaha
aku rasa sebab dijual kat moms care la harga dia jadi mahal kot.

kenapa aku cakap diskriminasi untuk golongan bapa pulak?
specially designed for fathers uolls..
dah tentula aku je yang kena galas nanti.. hihihi..
nama pun laki kan.. wife aku dah penat ngandung 9 bulan..
bagi chance laa..

wife aku pilih yang kaler hitam tu..
dalam dia ada la few compartments.
ikutkan aku nak pakai bag deuter je..
style sikit.. wife aku tak berkenan lak..
beg ni boleh buat partition untuk wet and dry area..
itu la yang special dia..

yang aku tak paham, apa function plastik keras kat depan bag ni eh?
sekarang semua bag barang baby macam ni..
memang trend ke atau ada function lain?
maybe u can tell me..

Wednesday, November 2, 2011

Baby walker

Last week ada baby sale kat puchong.
Wife aku kan memang suka sale-sale ni..
Dia pun pergi la sorang2 and bought a few baby items.
Antara barang yang dia beli ialah baju, snow cap baby, rompers, play gym and walker.
Memang murah laa...

Biasanya baby walker ni kita pakai bila baby umur 5 bulan atau pun bila baby dah pandai duduk dengan sendirinya.
Wife aku beli awal2 ni sebab murah.. RM 40 je... Kalau kat departmental store or other baby shop tak dapat kot harga ni.
Cute je walker tu, ada ketam. Hehe.

Sebelum ni aku ada dengar kalau pakai baby walker ni nanti baby lambat jalan.
Aku mcm tak percaya sangat mula-mula.
Then tadi aku pun google...
Memang betul daa..
Menurut wikipedia n beberapa web yang aku baca, baby walker boleh melewatkan baby berjalan average sebulan..
Korang try google la for more info..

Point yang paling aku gerun ialah pakai walker ni banyak menyebabkan kecederaan kepada bayi.
So to all parents out there, berhati-hatilah ye..
Aku akan try minimize pakai walker ni.
Tapi kadang-kadang perlu pakai jugak kan..
Contohnya bila nak suap baby makan.
Cuma kita kena monitor la..
Jangan bagi baby berkeliaran pakai walker ni.

Kalau nak bagi baby cepat jalan, kita kene selalu ransang muscle kaki dia dengan urutan selain train dia tatih-tatih tu laa..
Ada juga kat pasaran parents asissted walker pakai tali untuk train baby berjalan.
Akan ku gunakan experience ku sebagai fitness trainer untuk train anak ku berjalan esok. Hehehe..

Ada lagi lebih kurang sebulan lebih wife aku nak due.
Perut dia semakin membesar and anak aku selalu training muay thai dalam perut mummy dia.
Bonjol2 perut wife aku kalau dia buat side kick, elbow attack or power punch. Hehe.
Aku tak ajar pun lagi kick boxing dekat baby aku. Dah pandai dah.

Semoga baby aku lahir sihat, tough dan gagah macam papa dia.
Haha... Aminn...

Wednesday, October 26, 2011

Enjoying our own sweet time while still can

Hari ini cuti umum deepavali...
Seronoknya cuti...
Nothing much to do..
Bersantai sahaja dengan wife dirumah..

Hari ini bangun pagi pukul 6.50 solat subuh..
Pastu pukul tujuh lebih pegi beli nasi lemak lauk kerang n telur. Wife aku pilih nak makan lauk sotong n telur.
Sambil makan tengok movie bini-biniku gangster. Lawak jugak cerita ni.

Lepas dah abis movie tu aku tengok cerita zoo keeper pulak. Ya i know im a bit late..
Masa ni wife aku syok tido balik.
Oh lupa, dia buatkan horlick ais. Sedap!

Lepas abis movie zoo keeper tu, aku pun terlelap..
Bangun pukul 2.30. Then mandi, zohor and terus makan lagi.
Wife aku dah siap masak bubur ayam. Sedap jugak!

Now im writing this entry..
What a release public holiday stay lazy at home doing anything.
Enjoying every single moment while we still can.
The clock keep ticking..
Untill we meet the new member in this house...

Tuesday, October 25, 2011

gelaran Datuk

4 hari yang lepas, secara rasminya aku dapat gelaran "Datuk"..
begitu juga dengan sepupu-sepupuku yang lain, dapat title datuk dan nenek..
bukan mana-mana sultan yang bagi..
anak buah aku baru dapat baby..
tapi bukan la anak kakak aku..
anak sepupu aku yang dapat anak...
faham tak? aku pon pening.. hahaha..

ada yang nak jadi nenek muda, nek de..
aku pilih nak jadi atuk rock..
sepupu aku memang ramai.. nanti aku kira..
macam-macam perangai diaorang ni..

comel baby anak buah aku ni..
tak sabar pulak rasanya...

introducing Muhammad Aisy Nawfal

takde pulak salah-silah family aku keturunan cina..
ada chinese look sikit baby ni..
mak dia memang putih..
tapi aku tak tau la mana datang mata sepet tu..

geram dan tak sabar!

Monday, October 24, 2011

indexed by google

first entry post aku bertarikh 17/10/2011...
lepas dah tulis 2-3 entry, aku try la google blog aku nih..
tapi sedih... google tak index pun blog aku nih..
maksudnya tak keluar pun dekat search result google kalau aku search "ibu fazrul"..

semalam aku pun saje-saje la try...
type kat search engine google "ibu fazrul"..
lepas tu muncul blog aku..
hahaha.. suka kemain aku.. hahahahaha. gelak lagi...
kira tak sampai seminggu la.. alhamdulillah..
aku penah baca, ada orang tu tulis blog update hari-hari sampai 3 bulan google tak index..

tadaaa!!
untuk tips macam mana nak google index blog korang, boleh la tanya google balik ye.. hehe
blog ni aku tulis pada niat asalnya bukanla nak buat income..
apatah lagi nak cari glamour.. aku bukan artis beb..
saja-saja je suka-suka..

chow!

Friday, October 21, 2011

check up at PPUM review

semalam aku ambil cuti purposely nak temankan wife aku check up kat PPUM..
sebelum ni dia check up kat pusrawi jalan tun razak.. sebab boleh claim kat opis aku beb.. hehe..
so this entry aku nak tulis review sikit pasal check up dekat klinik ibu mengandung PPUM ni..

walaupun cuti, aku kena bangun awal macam biasa.. (budget boleh bangun lambat)
wife aku tak bagi chance, dia kata nak jumpa doktor pagi-pagi.. appoinment pukul 9.30 aku rasa..
kami pergi ke PPUM naik motor skuter nouvo aku jek.. hehe.. nak elak jam kat faderal Hiway tuu..
pantas beb! pukul 8 keluar rumah.. lebih kurang 8.20 dah sampai..
wife aku yang nak naik motor..

gambar skuter aku ni aku ambil masa hantar cuci kat car wash dulu.. hehe
sampai-sampai kat PPUM je aku drop wife aku depan building klinik ibu mengandung, then aku pun cari parking..
PPUM tengah renovation sekarang.. banyak nak naik building baru.. so, construction di sana-sini dalam tu..
building untuk obstetrik, ginekologi and pediatrik ni pun baru lagi.. 1/1/11 majlis penyerahan dia.. masa diserahkan 11.11 pagi.. betul tak tipu...

ni gambar banner dia..
benda baru ni semua cantik lagi la kan.. bau kedai lagi orang kata..
siap ada playground untuk budak-budak lagi kat luar klinik ibu mengandung..


sampai-sampai je wife aku dah ambil nombor...

aku rasa jam kat PPUM tu cepat la.. baru 8.17
lepas ambil nombor je, wife aku cakap.. lapar la yang..
aku pun tanya orang kat mana cafe PPUM ni.. jauh jugak nak jalan sebab building baru ni takde cafe lagi..
lepas aku balik dari cafe (lebuh kurang dalam 15 minit kot) duduk kejap, makan kuih 2-3 ketul, nombor kami dipanggil..
lepas register kat kaunter registration klinik tu, kene pegi kaunter bayaran kat building utama (takde la jauh sangat)..
PPUM akan minta deposit RM 500 kalau kita nak bersalin kat sana.. masa first datang (datang sebelum ni booking appoinment) dia dah bagi tahu siap-siap kene bawak RM 500.. kalau ada GL bawak GL laa..
kira efektif la PPUM ni..
lepas dah buat bayaran, ambil nombor nak tunggu giliran jumpa doktor pulak..
in the mean time nak jumpa doktor tu, nurse panggil ambil urine, bp, timbang berat, and part yang paling wife aku tak suka minum air gula..

masa wife aku pegi buat benda-benda tu, aku duduk main telefon je la.. "buncit-buncit orang kat sini", hehehe... sempat aku update kat status FB aku..

sempat lagi..
lepas tu tiba lah turn jumpa doktor.. Dr. Syariza nama doktor tu.. pada hemat aku doktor ni lewat 20-an dan tak kahwin lagi.. hehe..
dia tanya la serba sikit history pregnancy wife aku and history previous check up kat pusrawi..
bini aku pun bagi la kad merah rekod check up kat pusrawi..

apa benda la yang doc ni tulis..
lepas dah sesi cerita history, Dr. Syariza kata next time la cek gula dalam darah sebab hari ini wife aku tak puasa sebelum datang.. nanti result tak accurate..
punca nak check next time sebab wife aku bagi tahu papa ada kencing manis..
bila ada family history kencing manis, doc nak check betul-betul..
dr bagi date lain suruh datang tapi kene puasa dulu.. maknanya wife aku kene minum air gula lagi..
hahahaha.. punya la dia tak suka.. mengomel sampai rumah..

sekadar gambar hiasan
then, dr tu offer nak buat pap smear test kat wife aku.. wife aku takut but buat je la kan.. alang-alang..
lepas dah settle semua, dr set date untuk next appoinment..
at the same date at next appoinment, dr suruh aku pergi tingkat bawah dekat unit scan untuk set appoinmnent jugak..
lepas cakap terima kasih kat doktor and akak nurse tu, aku pun keluar..
lepas tu terus ke kaunter bayaran, dia set next appoinment and then aku kene bayar RM 36 ringgit untuk semuanya..
takda ambil ubat or vitamin sebab previous vitamin banyak lagi..
result untuk test tadi dapat masa next appoinment..
lepas dah bayar, pegilah tingkat bawah pulak sebab nak set appoinment scan macam aku cakap tadi..
lepas tu kami pun balik..

total hours aku spend check up kat PPUM ialah lagi 5 minit cukup 2 jam..
masuk 8.30, keluar 10.25..
ok laa. not bad pada aku.. ramai jugak ibu mengandung pada masa tu yang nak check up..
member aku pernah experience bawak wife dia check up dekat klinik kesihatan kerajaan dari pagi sampai pukul 4 lebih petang baru siap.. what the fish..
kalau kat pusrawi paling lama pun sejam.. itu masuk skali dengan scan tau.. private.. biasa la kan..
kadang-kadang dia bagi sample susu free..

alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kami..
semoga selamat semuanya..
can't wait to see u baby..

regards
-papa-

Wednesday, October 19, 2011

The Journey Begins...


apa benda ni??
inilah pregnancy test strip yang menunjukkan isteri aku mengandung..
masa bini aku buat test ni masa tu waktu subuh.. aku tengah syok tidur lagi..
then dia kejut aku.. yang! yang! bangun yang!
aku pun terjaga and terpinga-pinga.. blur-blur sikit.. biasa isteri aku kejut cool je.. pagi tu lain macam sikit..
apahal ni?? lepas tu dia tunjuk aku benda ni..
nak tau apa first reaction aku?? tidur balik...
takdelah.. aku terus bangun and tanya isteri aku... betul ke ni yang??
iye laa, bini aku jawab.. sebenarnya masa tu aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa..
happy, takut, blur, mengantuk semua ada.. hahaha..
lepas tu aku pegi mandi, then solat subuh, barulah aku boleh fikir..
yang, nanti u pergi klinik or hospital nak confirmkan betul-betul ye.. aku cakap kat bini aku..

sebenarnya, sebelum kami beli pregnancy test ni isteri aku pergi jumpa Dr. Hamid Arshat pada 29/03/2011.
kami kahwin pada 28/05/2010.. kiranya pada masa tu dah 10 bulan la kami kahwin..
then isteri aku decide nak jumpa Dr. tu untuk cek sebab masa tu takde berita gembira lagi..
ramai yang cakap Dr. Hamid Arshat ni bagus sebab tu la isteri aku nak pegi jumpa dia..
kat Plaza Damansara klinik dia.. eh?? title Dato' la Dr. Hamid Arshat ni..

aku tak tau la apa yang Dr. ni explain kat wife aku..
 lepas isteri aku jumpa Dr. ni, then in the middle of April tu kami dapat berita gembira.. Alhamdulillah...
kira lebih kurang sebulan je la lepas jumpa doktor ni kami dapat berita gembira..
Dr. cakap bini aku takda apa masalah..
dia kata cuma hormon isteri aku tak stabil je..
dia scan nak cek, then bagi asid folic and a other few vitamins aku tak ingat..
terus lekat..
aku tak pergi jumpa Dr. ni, isteri aku je pergi.. aku pun tak ingat sebab apa aku tak pergi..

Dr. kata takda masalah..
lepas dah dapat tahu wife aku pregnant, dia pegi check kat pusrawi jalan tun razak..
sah!! wife aku pregnant.. punya la aku suka kemain.. alhamdulillah ya Allah!!
masa first-first check up tu, isteri aku request Dr. pakar perempuan kat pusrawi..
tapi semua Dr. pekar perempuan dah fully booked.. akhirnya kami dapat Dr. Salleh..

first check up
sepanjang isteri aku checkup kat pusrawi, 3 kali aku temankan dia..
apa yang Dr. Salleh ni buat ialah dia akan tanya khabar, borak-borak sikit, then terus pegi scan..
tapi sebelum masuk bilik Dr, nurse akan amik urine, blood pressure, timbang berat badan..

4 weeks
masa cek kali kedua, baby dah 4 minggu.. wife aku cakap masa ni baby besar kacang jer..

7 weeks
 masa ni, wife aku frequent check up sebab ada bleeding sikit.. so doktor suruh datang kerap..

10 weeks
Dr. Salleh ni pada aku ok je la.. dia tak banyak cerita sangat..
kalau nak tau lebih, kita yang kene tanya.. setiap kali jumpa dia tak sampai 10 minit pun consultation..

13 weeks
masa 13 minggu ni dah start nampak la jelas sikit fizikal bayi..

17 weeks
setiap kali check up, doktor bagi vitamin obimin kot nama dia..
warna merah..
wife aku minum susu anmum perisa coklat..
lepas tu aku selalu paksa isteri aku minum vitamin c.. kalau tak dia tak minum..

22 weeks
masa ni dah boleh tahu jantina baby.. insyaAllah baby aku baby boy nanti..
siapa nak jadi besan aku??

25 weeks
so far doktor kata semua ok.. Alhamdulillah..

29 weeks
ni kali terakhir wife aku check up kat pusrawi..
sebab lepas ni kami decide nak deliver baby kat PPUM..
so kene pergi check up kat sana..
deliver kat pusrawi ni rate dia RM 2k++ to 6k++ kalau normal..
3k++ to 9k++ kalau ceaser or any other complication depends on case..
so out of our budget.. takut ada yang plus plus + + tu je nanti..
esok (20/10/2011) first time kami pergi checkup kat PPUM.. nanti aku bagi review yek..

pada aku check up kat pusrawi ni ok.. cepat.. pukul 9 sampai, pukul 9.30 dah balik..
different with government hospital.. sometimes ambil masa setengah hari..
cuma nak deliver baby nanti je la.. bill tak larat oittt..
tapi ramai yang kata Dr. kat hospital kerajaan lebih detail kalau check up kat sana..
service pun dah bagus, cuma waiting time tu je yang tak larat..
cousin aku deliver kat PPUM baru-baru ni.. dia kata building PPUM sekarang dah baru..
cuma husband je tak boleh masuk masa deliver..

skarang isteri aku dah masuk 7 bulan 3 minggu pregnancy..
baby banyak bergerak dalam perut.. kalau aku panggil and usap-usap perut wife aku, mesti dia respons!!!
Subhanallah...
wife aku alhamdulillah takde mengidam pelik-pelik.. senang je masa dia pregnant ni..
aku je sekali tu ada mengidam maggi tomyam.. hahaha
dia cuma cepat letih dan nak perhatian lebih selalu.. biasa la tu..

baby expected due 22 Disember 2011..
aku nak suruh doktor panggil baby keluar cepat sikit on 19 Disember biar sama birthday dengan aku..
semoga Allah permudahkan segalanya...
amin...

Tuesday, October 18, 2011

Our Preparations...

sebelum nak menyambut kelahiran baby, persediaan yang rapi is crucial dude..
maklumlah, first baby..
i dont know where about to start, but here are what we do..

first of all you must be mentally ready.. :)
once you know that your wife or you are pregnant, kepala dah kena start to fine tune..
imagine what you will face in the future.. nanti kene bangun malam, cuci poops baby, baby nangis2, semua tu laa..

my advice is... banyakkanlah membaca..
you can use Mr. Google as a tool..
tapi beb, jangan la rely 100% on internet posting..
sometimes budak umur 11 tahun pun boleh post an article on web with convincing writing..
bacalah juga dari buku-buku ilmiah..
selain tu, referlah kat pakar-pakar..
luckily, i have friends who are doctor and dietitian..
tak payah call or sms, i'm using whatsapp to communicate with them.. senang kan?
aku banyak tanya pasal disease semasa mengandung and macam mana nak tambah breast milk..
they are really helpful.. tq buddy!!
kakak iparku juga banyak membantu..
ini antara buku yang diberi pinjam oleh beliau..

comel je budak kat buku hijau tu kan? hehe

lepas tu pulak, masuklah bab barang-barang baby ni..
fyi, my wife seorang yang OCD.. kalau tak tau OCD ni apa, google la yek..
tapi kategori yang mild OCD la.. hehe.. thats why i love her!!
sebelum beli barang baby, dia dah fikir dekat mana nak susun and simpan barang-barang baby tu nanti..
so dia pun menjalankanlah research nak carik almari and rak dia..
at that point of time, i have no idea about it..

pada suatu hari, saya mengambil cuti untuk menemankan isteri saya monthly check-up dekat Pusrawi Jalan Tun Razak..
kebetulan, pada hari yang sama ada baby fair kat mid-valley..
masa tu hujung-hujung bulan puasa dah nak raya..
kami pun kesana sebab orang kata if ada baby fair harga murah..
memang betul pun..


ni lah hasil dia..
so, my tips nak shopping barang baby, pegilah masa ada baby fair or expo or warehouse sale or whatever they called it..
kami beli stroller, baby wipe, thermos air panas, baby napkin, and macam-macam lagi la..
if you want the detail list what to buy for baby tanyalah en. Google.. hehehe
kadang-kadang, tak semua barang dalam list tu kita perlukan..
macam kami, kami tidak memilih untuk membeli katil baby kerana kalau baby nangis-nangis tengah malam nanti tak payah jalan jauh-jauh..
biar baby tidur sebelah kita je.. kalau dia nangis, sumbat susu.. senang.. hehehe
kalau uols rajin tak ada masalah..
here are some of the pic that we grab..



setelah puas mengGoogle stroller/carrier system apa yang sesuai, kami memilih brand quinny zap model 2011..
yang dalam plastik tu car seat boleh terus sambung ngan roda yang berlipat tu..
car seat ni boleh pakai untuk new born sampai baby umur setahun or selagi baby muat laa.. tak ingat sampai berapa kg..
yang hitam tu, bila baby dah pandai duduk, baru boleh pakai..
thermos air tu bukan brand thermos, brand apa tah.. my wife said, her friends said, brand thermos tak bagus.. air cepat sejuk..
tupperware kuning tu my wife beli nak store air masak kalau travel katanya..
beli masa tupperware fair kat mid valley jugak.. semua kena la nak murah kan..
haaaa... sterilizer philips avent tu kakak ipar ku bagi.. hehehe.. jimat kan??

ingat tak almari and rak yang isteri aku nak tadi?
ada a few times dia ajak aku ke ikea nak beli benda tu..
tapi aku asik buat muka kelat je.. hehe.. sebab aku kureng sikit jalan-jalan shoping ni..
satu hari aku aku ajak dia ke ikea.. tekejut dia..



almari putih ni la yang dia nak..senang nak susun barang-barang bayi...
rak yang kat sebelah tu dulu ada satu je.. lepas beli barang-barang baby, tambah lagi satu nak simpan barang-barang baby.. beli sekali dengan almari putih ni..
ada cerita kelakar disebalik rak ni..
lepas aku angkat rak ni dari parking kereta naik ke tingkat 20 rumah aku, boleh pulak rak ni tertinggal kat luar rumah.. hahaha.. lupa bawak masuk..
esok pagi masa nak pegi kerja baru kami sedar.. nasib baik jiran jumpa dan dia simpankan..
almari and rak semua DIY.. aku lah yang gigih assemble semua..


ni gambar tingkat atas laci ni.. my wife susun baju, seluar, stokin, bip, kasut pun ada.. comel kan kasut oren tu?
makcik isteriku ada kedai baby Dunia Sicomel kat kajang..
kami beli baju basahan baby sehelai singgit je.. hehehe
lepas tu pulak, kakak iparku bagi baby dia punya glove and socks dulu-dulu.. jimat-jimat...


ni pulak tingkat tengah almari tu..
my wife susun baby wipes, cotton buds, semua-semua toiletreis lah...
ada jugak baby blanket..


ni pulak tingkat bawah almari tu..
ada set bantal dia, mainan baby, buku baby pun ada.. isteriku beli masa book fair kat MAEPS.. murah katanya.. baby mestila belum pandai baca lagikan.. haha.. losyen pon ada..

bouncer ni pun kakak ipar aku bagi

botol susu
 haaaa... botol susu yang super banyak ni pun kakak ipar aku bagi..
senang nak storage breast milk nanti..
aku lambakkan dalam bathtub baby..
breast pump medela pon kakak ipar aku bagi jugak..
bagus kan?? hehehe
bathtub baby tak payah la beli yang mahal-mahal..
aku tengok sampai beratus pun ada..
memadailah beli yang dalam lingkungan harga 15-20 ringgit malaysia sahaja..

i think thats all for now..

just want to show you my favorites among all the baby items...

tadaaaa!!! kipas baby.. hehehe

Monday, October 17, 2011

Intro. testing 123, cubaan suara...

welcome to me!! hehehe..
selamat datang ke dunia blogging fazrul.. dan terima kasih kepada anda semua yang sudi hinggap kat sini..
dah lama terfikir nak tulis blog ni sebenarnya.. just belum sampai seru at that point of time..
lagipun nothing interesting nak share sgt..
what make me write it now?? i'm gonna be a dad soon!!! inyaAllah dengan keizinanNya...
i just wanna tell the world about it.. all about my kid(s) and its journey ..
kalau asik post kat facebook je nanti orang menyampah pulak kan...
so im thinking that here is the suitable medium..
kalau nak buat blog macam aidid muaddib or mazidul akmal sidek kene buat banyak research.. masa terhad.
kalau nak buat blog macam papagomo or other pakatan rakyat blog tak sesuai kot..
kalau nak buat blog masak-masak, berapa resipi je yang tahu..
kalau nak buat blog pasal online shopping, nanti kene rajin wat courier.. hehehe
kalau nak buat blog mcm beutifulnara or media malaya, i'm not good in gossiping.. ye ke??
so i decide to write about my journey in parenting..
but in future kalau nak tulis pasal politik ke, economy ke, gossip-gossip ke, hobby ke or apa-apa je lah, mana kita tau kan.. you couldn't tell..
always hope that i can be a good dad.. tak sesuai nakal-nakal dah.. kene matang n macho sikit.. hahaha!
what inspired me the most to write this blog?? of course my ibu!!
with this blogger thing, tak payah nak tulis kat buku diary dah macam dulu-dulu..
setahun satu diary, 10 tahun penuh satu laci nak simpan buku diary.
just log to web maka jadilah web log.. web log diringkaskan jadilah blog..
itulah sejarah blog kepada sesiapa yang masih belum tahu..
and that also the reason i choose the name of this blog as "ibu fazrul"
it's dedicated to my beloved ibu..
maybe she's not reading it unless somebody tunjuk la kan.. sebab shes not into these IT thing..
anak mak?? my wife said so, but i don't think so..
masa aku kecik-kecik pernah terjumpa diary ibu dan aku baca..
terharu beb! tapi sekarang dah tak jumpa lagi diary tu..
lepas kahwin and pindah rumah sendiri, tak tau ibu sorok kat mana.. dah buang kot..
nanti try carik lagi..

to my lovely wife, thanks for every single thing..
awaklah anugerah tuhan yang terbaik buat saya..
cewah... hahaha.. luv u..

more stories and pic coming soon..
chow!