Total Pageviews

Wednesday, October 19, 2011

The Journey Begins...


apa benda ni??
inilah pregnancy test strip yang menunjukkan isteri aku mengandung..
masa bini aku buat test ni masa tu waktu subuh.. aku tengah syok tidur lagi..
then dia kejut aku.. yang! yang! bangun yang!
aku pun terjaga and terpinga-pinga.. blur-blur sikit.. biasa isteri aku kejut cool je.. pagi tu lain macam sikit..
apahal ni?? lepas tu dia tunjuk aku benda ni..
nak tau apa first reaction aku?? tidur balik...
takdelah.. aku terus bangun and tanya isteri aku... betul ke ni yang??
iye laa, bini aku jawab.. sebenarnya masa tu aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa..
happy, takut, blur, mengantuk semua ada.. hahaha..
lepas tu aku pegi mandi, then solat subuh, barulah aku boleh fikir..
yang, nanti u pergi klinik or hospital nak confirmkan betul-betul ye.. aku cakap kat bini aku..

sebenarnya, sebelum kami beli pregnancy test ni isteri aku pergi jumpa Dr. Hamid Arshat pada 29/03/2011.
kami kahwin pada 28/05/2010.. kiranya pada masa tu dah 10 bulan la kami kahwin..
then isteri aku decide nak jumpa Dr. tu untuk cek sebab masa tu takde berita gembira lagi..
ramai yang cakap Dr. Hamid Arshat ni bagus sebab tu la isteri aku nak pegi jumpa dia..
kat Plaza Damansara klinik dia.. eh?? title Dato' la Dr. Hamid Arshat ni..

aku tak tau la apa yang Dr. ni explain kat wife aku..
 lepas isteri aku jumpa Dr. ni, then in the middle of April tu kami dapat berita gembira.. Alhamdulillah...
kira lebih kurang sebulan je la lepas jumpa doktor ni kami dapat berita gembira..
Dr. cakap bini aku takda apa masalah..
dia kata cuma hormon isteri aku tak stabil je..
dia scan nak cek, then bagi asid folic and a other few vitamins aku tak ingat..
terus lekat..
aku tak pergi jumpa Dr. ni, isteri aku je pergi.. aku pun tak ingat sebab apa aku tak pergi..

Dr. kata takda masalah..
lepas dah dapat tahu wife aku pregnant, dia pegi check kat pusrawi jalan tun razak..
sah!! wife aku pregnant.. punya la aku suka kemain.. alhamdulillah ya Allah!!
masa first-first check up tu, isteri aku request Dr. pakar perempuan kat pusrawi..
tapi semua Dr. pekar perempuan dah fully booked.. akhirnya kami dapat Dr. Salleh..

first check up
sepanjang isteri aku checkup kat pusrawi, 3 kali aku temankan dia..
apa yang Dr. Salleh ni buat ialah dia akan tanya khabar, borak-borak sikit, then terus pegi scan..
tapi sebelum masuk bilik Dr, nurse akan amik urine, blood pressure, timbang berat badan..

4 weeks
masa cek kali kedua, baby dah 4 minggu.. wife aku cakap masa ni baby besar kacang jer..

7 weeks
 masa ni, wife aku frequent check up sebab ada bleeding sikit.. so doktor suruh datang kerap..

10 weeks
Dr. Salleh ni pada aku ok je la.. dia tak banyak cerita sangat..
kalau nak tau lebih, kita yang kene tanya.. setiap kali jumpa dia tak sampai 10 minit pun consultation..

13 weeks
masa 13 minggu ni dah start nampak la jelas sikit fizikal bayi..

17 weeks
setiap kali check up, doktor bagi vitamin obimin kot nama dia..
warna merah..
wife aku minum susu anmum perisa coklat..
lepas tu aku selalu paksa isteri aku minum vitamin c.. kalau tak dia tak minum..

22 weeks
masa ni dah boleh tahu jantina baby.. insyaAllah baby aku baby boy nanti..
siapa nak jadi besan aku??

25 weeks
so far doktor kata semua ok.. Alhamdulillah..

29 weeks
ni kali terakhir wife aku check up kat pusrawi..
sebab lepas ni kami decide nak deliver baby kat PPUM..
so kene pergi check up kat sana..
deliver kat pusrawi ni rate dia RM 2k++ to 6k++ kalau normal..
3k++ to 9k++ kalau ceaser or any other complication depends on case..
so out of our budget.. takut ada yang plus plus + + tu je nanti..
esok (20/10/2011) first time kami pergi checkup kat PPUM.. nanti aku bagi review yek..

pada aku check up kat pusrawi ni ok.. cepat.. pukul 9 sampai, pukul 9.30 dah balik..
different with government hospital.. sometimes ambil masa setengah hari..
cuma nak deliver baby nanti je la.. bill tak larat oittt..
tapi ramai yang kata Dr. kat hospital kerajaan lebih detail kalau check up kat sana..
service pun dah bagus, cuma waiting time tu je yang tak larat..
cousin aku deliver kat PPUM baru-baru ni.. dia kata building PPUM sekarang dah baru..
cuma husband je tak boleh masuk masa deliver..

skarang isteri aku dah masuk 7 bulan 3 minggu pregnancy..
baby banyak bergerak dalam perut.. kalau aku panggil and usap-usap perut wife aku, mesti dia respons!!!
Subhanallah...
wife aku alhamdulillah takde mengidam pelik-pelik.. senang je masa dia pregnant ni..
aku je sekali tu ada mengidam maggi tomyam.. hahaha
dia cuma cepat letih dan nak perhatian lebih selalu.. biasa la tu..

baby expected due 22 Disember 2011..
aku nak suruh doktor panggil baby keluar cepat sikit on 19 Disember biar sama birthday dengan aku..
semoga Allah permudahkan segalanya...
amin...

No comments:

Post a Comment