Total Pageviews

Friday, November 25, 2011

Roti Gardenia Hijau

minggu ni dari isnin sampai jumaat straight aku breakfast wholemeal bread gardenia hujau tuh.. power kan?
sebenarnya memang ni pun breakfast ruji aku starting this year.. cuma sejak dah 3 minggu aku jadi fitness instructor kat gym office aku ni je aku lagi disiplin. dibantu oleh kerajinan wife aku prepare those breakfast early in the morning.

breakfast isnin: red salmon tuna tc boy
Lunch isnin: telur rebus hancur + blackpaper



















tapi kadang-kadang kalau ada makan-makan kat office ke, wife aku terbangun lewat or tak sihat ke, aku outstation ke or weekend and cuti baru la aku bedal typical malaysian breakfast seperti nasi lemak, roti canai, etc...

breakfast selasa: sosej with cheese
dari pemerhatian aku, tak ramai yang dapat follow healthy diet macam nih.. tepuk dada tanya weight scale tu..
kalau aku nak sembang pasal diet, health and fitness ala-ala kevin zahri sampai subuh pun tak habis..

breakfast rabu: egg banjo with mayonis
salah satu goal dalam hidup aku ialah tak nak out of shape sebelum umur 35.. kalau dapat sampai umur 40 or lebih lagi bagus la kan..
now i'm happy with my shape, cuma ada certain part yang nak kene toning sikit especially abs..
if possible nak dapat six pack balik macam zaman muda-muda dulu.. masa tengah peak main sport (hockey) untuk universiti..
start buat degree back in 2004 aku pun dah slow, lemak-lemak pun mula berkumpul..
zaman jadi trainer kat true fitness dulu pun tak dapat 6 pax sebab nak buat size, so kene makan dan bedal..
training pon tak cukup mantap kot..
dulu aku keding je... boleh refer kat gambar-gambar lama kat facebook.. so nak sasa la sikit.. haha

breakfast khamis: ramli burger of coz with cheese
bila aku join advertising back in early 2010 berat aku mencatatkan kenaikkan tertinggi dalam sejarah..
but still in shape though!! cuma muka jadi boolat.. bulat bulat bulat...
masa tu office lama aku provide lunch.. nasi padang, nasi campur, nasi ayam and once a while fast food, u name it.. memang membulat la aku time tu..
plus workout at the gym not consistent, always hang makan-makan with client.. memang padu la lemak kat perut masa tu..

breakfast jumaat: roti telur gulung sosej
start this year when i joined government agency ni aku start to make a change..
wife aku pulak rajin je buat breakfast untuk aku, walaupun dia tengah sarat pregnant..
so takde masalah la..
lunch pon kengkadang makan roti je..

wife aku lepas pantang nanti akan aku paksa workout balik kat gym..
masa anak dara dulu dia rajin, lepas kahwin dia malas..
masa dia pregnant ni ada aku ajak pergi swimming, tapi dia taknak.. takper la..
swimming make u easier to deliver.. tapi ada teknik dia laa..
lepas pantang nanti siap la! haha
hari-hari dia mengomel cakap dah gemok.. pregnant memang la kan..
dah almost a month aku follow strict diet ni and ada la nampak perubahan sikit..

tapi....

masalah muka yang bulat macam mana??

Tuesday, November 22, 2011

Suria di cordoba

Harini hari selasa malam rabu... So ada cerita suria di cordoba pukul 10 pm channel 105..
waktu yang sama ada cerita edisi khas kat tv3.. Johan memang kelakar..
Sepanjang wife aku pregnant ni, cerita suria di cordoba ni lah jadi feveret dia..
Dah aku tak dapat tgk edisi khas..
Sebab tak dapat tgk edisi khas, aku update blog ni..

Kebiasaannya memang aku yang memonopoli tv kat rumah ni pun..
Trilogy csi, hawai 5 o, challenger muay thai, bola, wipeout semua slot aku..
Wife aku layan je apa yang aku layan..
Kadang2 layan ustat don, tanya ustat and cerita2 yang sewaktu dengannya..
So kali ni bagi chance la kat dia...
Tu tak campur lagi bila aku tengok dvd tu..

Sekali sekala layan jugak cerita cordoba ni aku tengok..
Dari kecik aku memang dah terbiasa tengok drama sebab ibu aku memang "hantu" drama nih..
Masa aku kecik2, sambil lipat kain ibu aku akan layan drama..
Nak taknak aku pun kene la tengok kan..
Masa kecik2 mana boleh keluar malam..
Bila dia dah masuk tido baru aku ada chance tengok cerita omputih..
Semalam masa final bola sukan sea pun kakak aku melaporkan ibu aku nak tengok drama jugak..
Hahaha... Nasib ko la kaklong..

Sekarang ni wife aku dah 36 minggu mengandung...
Tunggu masa je nih!!!! Anytime orang putih kata..
Setelah aku membebel entah yang keberapa kali aku tak ingat, baru siang tadi dia kemas bag yang nak bawak ke hospital..
Bukan apa, tetiba je baby tu ketuk pintu nak keluar nanti, masak kalau barang tak prepare..
Aku pernah dengar ada orang lagi 3 bulan wife dia/dia nak deliver dah letak barang dalam kereta...
Lagi padu tuh!!

Cordoba oh cordoba... Bila nak abis nih...

Tuesday, November 15, 2011

berat mata memandang, berat lagi perut yang carry baby..

sekarang wife aku dah masuk 8 bulan pregnant.
perut dia dah semakin besar dan seksi sampai kene pakai t-shirt aku.. hehehe
dia taknak beli baju mengandung pun sebab katanya pakai sekejap je..
dia beli banyak seluar mengandung je.. ala yang seluar aladin kain spring perempuan suka pakai tu..

lepas tu tangan and kaki dia membengkak.. besar jugak..
oleh kerana kaki dia yang membengkak tu, dah dua sandal dengan selipar dia putus..
bila sarung selipar jadi tak muat..
hehehe.. klakar pon ada.. tapi aku kesian sebenarnya..
dia selalu suruh aku urut kaki dia.. aku pun layankan je walaupun kadang-kadang ngelat.. hahaha

aritu pergi checkup kat PPUM doc kata baby aku estimate 2.4kg..
dah terlebih 400g.. kalau normal doc kata biasa average 2kg je at this stage..
aku pernah dukung baby sedara-sedara aku or anak kakak ipar aku bawak jalan-jalan..
baru 10 minit pon dah penat, ni kan pulak 9 bulan bawak ke hulu ke hilir..
tapi apakan daya, kalau boleh switch perut wife aku tu kat aku memang aku dah buat..
sabar ye yang.. sikit je lagi..
nanti kita pergi beli sandal baru..

p/s jangan mintak jimmy choo pulak..

Wednesday, November 9, 2011

cornetto royale cokelet vs magnum almond

tajuk entry ni brand aiskrim.. eja cokelet tu salah.. tahu..
dah hujung-hujung pregnancy ni wife aku suka sangat makan aiskrim.. (nasib baik aiskrim, kalau tony romas ke chilis ke masak aku..)
tiap kali beli aiskrim, dia mesti beli magnum almond.. sedap katanya..
tiap kali berhenti kat petrol pump, konfom dia order kat aku magnum almond ni..
so sebelum bayar nak pam minyak, aku hinggap la kejap kat tong aiskrim..
habis tu kalau dia makan tak kan aku nak tengok pulak kan??
aku pun sambar la aiskrim cornetto royale coklat..
aku peminat tegar aiskrim coklat.. aku rasa aiskrim coklat cornetto paling sedap sekali..
sebab tu aku amik brand cornetto..
yang herannya aku ni kalau coklat biasa aku takde la suka sangat.. aiskrim coklat je suka..

ada sekali tu wife aku beli aiskrim magnum almond untuk dia ngan magnum classic untuk aku bawak balik kat rumah..
disebabkan aku mengantuk, aku tak makan la aiskrim tu dulu.. simpan dalam peti ais..
bila aku bangun nak makan, wife aku dah sebat aku punya sebab tak tahan dia kata.. hahaha
klakar pon ada.. layankan je la kan..

aku slalu beli aiskrim "la crimera" letak kat peti ais umah..
konfom la perisa coklat kan..
paling lama seminggu je tahan, pastu dah abis..
sedap wok..

masa sugar test aritu nasib baik sugar level dalam darah wife aku ok..
so aku tak kisah sangat la dia nak bedal aiskrim..
tapi still kene jaga-jaga jugak..

lunch ni pon aku beli eskem coklat bawak naik opis..
nak bedal jap..
babai...


beli kat shell umah aku..

Friday, November 4, 2011

diskriminasi kepada golongan bapa

tajuk gempak kan..
muahaha.. entry ni sebenarnya nak cerita fasal bag barang baby..
2 hari lepas wife aku beli bag ni kat moms care..


specially designed for fathers
harga dia RM 89.90.
pada aku mahal sebab kualiti dia tak sama macam dia punya harga..
tapi ok la kot..
wife aku pegi beli bag ni sensorang.. sian dia.. time ofis hour, macam mana aku nak ikut..
cerita dia yang sebenar abang ipar aku bagi hadiah voucher parkson RM 100 untuk beli bag ni.
tapi wife aku cari kat parkson tak jumpa, dia pun masuk la moms care.
so voucher parkson tu nanti bagi balik abang ipar aku, nanti dia bagi la hadiah lain.. hahaha
aku rasa sebab dijual kat moms care la harga dia jadi mahal kot.

kenapa aku cakap diskriminasi untuk golongan bapa pulak?
specially designed for fathers uolls..
dah tentula aku je yang kena galas nanti.. hihihi..
nama pun laki kan.. wife aku dah penat ngandung 9 bulan..
bagi chance laa..

wife aku pilih yang kaler hitam tu..
dalam dia ada la few compartments.
ikutkan aku nak pakai bag deuter je..
style sikit.. wife aku tak berkenan lak..
beg ni boleh buat partition untuk wet and dry area..
itu la yang special dia..

yang aku tak paham, apa function plastik keras kat depan bag ni eh?
sekarang semua bag barang baby macam ni..
memang trend ke atau ada function lain?
maybe u can tell me..

Wednesday, November 2, 2011

Baby walker

Last week ada baby sale kat puchong.
Wife aku kan memang suka sale-sale ni..
Dia pun pergi la sorang2 and bought a few baby items.
Antara barang yang dia beli ialah baju, snow cap baby, rompers, play gym and walker.
Memang murah laa...

Biasanya baby walker ni kita pakai bila baby umur 5 bulan atau pun bila baby dah pandai duduk dengan sendirinya.
Wife aku beli awal2 ni sebab murah.. RM 40 je... Kalau kat departmental store or other baby shop tak dapat kot harga ni.
Cute je walker tu, ada ketam. Hehe.

Sebelum ni aku ada dengar kalau pakai baby walker ni nanti baby lambat jalan.
Aku mcm tak percaya sangat mula-mula.
Then tadi aku pun google...
Memang betul daa..
Menurut wikipedia n beberapa web yang aku baca, baby walker boleh melewatkan baby berjalan average sebulan..
Korang try google la for more info..

Point yang paling aku gerun ialah pakai walker ni banyak menyebabkan kecederaan kepada bayi.
So to all parents out there, berhati-hatilah ye..
Aku akan try minimize pakai walker ni.
Tapi kadang-kadang perlu pakai jugak kan..
Contohnya bila nak suap baby makan.
Cuma kita kena monitor la..
Jangan bagi baby berkeliaran pakai walker ni.

Kalau nak bagi baby cepat jalan, kita kene selalu ransang muscle kaki dia dengan urutan selain train dia tatih-tatih tu laa..
Ada juga kat pasaran parents asissted walker pakai tali untuk train baby berjalan.
Akan ku gunakan experience ku sebagai fitness trainer untuk train anak ku berjalan esok. Hehehe..

Ada lagi lebih kurang sebulan lebih wife aku nak due.
Perut dia semakin membesar and anak aku selalu training muay thai dalam perut mummy dia.
Bonjol2 perut wife aku kalau dia buat side kick, elbow attack or power punch. Hehe.
Aku tak ajar pun lagi kick boxing dekat baby aku. Dah pandai dah.

Semoga baby aku lahir sihat, tough dan gagah macam papa dia.
Haha... Aminn...