Total Pageviews

Tuesday, November 22, 2011

Suria di cordoba

Harini hari selasa malam rabu... So ada cerita suria di cordoba pukul 10 pm channel 105..
waktu yang sama ada cerita edisi khas kat tv3.. Johan memang kelakar..
Sepanjang wife aku pregnant ni, cerita suria di cordoba ni lah jadi feveret dia..
Dah aku tak dapat tgk edisi khas..
Sebab tak dapat tgk edisi khas, aku update blog ni..

Kebiasaannya memang aku yang memonopoli tv kat rumah ni pun..
Trilogy csi, hawai 5 o, challenger muay thai, bola, wipeout semua slot aku..
Wife aku layan je apa yang aku layan..
Kadang2 layan ustat don, tanya ustat and cerita2 yang sewaktu dengannya..
So kali ni bagi chance la kat dia...
Tu tak campur lagi bila aku tengok dvd tu..

Sekali sekala layan jugak cerita cordoba ni aku tengok..
Dari kecik aku memang dah terbiasa tengok drama sebab ibu aku memang "hantu" drama nih..
Masa aku kecik2, sambil lipat kain ibu aku akan layan drama..
Nak taknak aku pun kene la tengok kan..
Masa kecik2 mana boleh keluar malam..
Bila dia dah masuk tido baru aku ada chance tengok cerita omputih..
Semalam masa final bola sukan sea pun kakak aku melaporkan ibu aku nak tengok drama jugak..
Hahaha... Nasib ko la kaklong..

Sekarang ni wife aku dah 36 minggu mengandung...
Tunggu masa je nih!!!! Anytime orang putih kata..
Setelah aku membebel entah yang keberapa kali aku tak ingat, baru siang tadi dia kemas bag yang nak bawak ke hospital..
Bukan apa, tetiba je baby tu ketuk pintu nak keluar nanti, masak kalau barang tak prepare..
Aku pernah dengar ada orang lagi 3 bulan wife dia/dia nak deliver dah letak barang dalam kereta...
Lagi padu tuh!!

Cordoba oh cordoba... Bila nak abis nih...

Tuesday, November 15, 2011

berat mata memandang, berat lagi perut yang carry baby..

sekarang wife aku dah masuk 8 bulan pregnant.
perut dia dah semakin besar dan seksi sampai kene pakai t-shirt aku.. hehehe
dia taknak beli baju mengandung pun sebab katanya pakai sekejap je..
dia beli banyak seluar mengandung je.. ala yang seluar aladin kain spring perempuan suka pakai tu..

lepas tu tangan and kaki dia membengkak.. besar jugak..
oleh kerana kaki dia yang membengkak tu, dah dua sandal dengan selipar dia putus..
bila sarung selipar jadi tak muat..
hehehe.. klakar pon ada.. tapi aku kesian sebenarnya..
dia selalu suruh aku urut kaki dia.. aku pun layankan je walaupun kadang-kadang ngelat.. hahaha

aritu pergi checkup kat PPUM doc kata baby aku estimate 2.4kg..
dah terlebih 400g.. kalau normal doc kata biasa average 2kg je at this stage..
aku pernah dukung baby sedara-sedara aku or anak kakak ipar aku bawak jalan-jalan..
baru 10 minit pon dah penat, ni kan pulak 9 bulan bawak ke hulu ke hilir..
tapi apakan daya, kalau boleh switch perut wife aku tu kat aku memang aku dah buat..
sabar ye yang.. sikit je lagi..
nanti kita pergi beli sandal baru..

p/s jangan mintak jimmy choo pulak..

Wednesday, November 9, 2011

cornetto royale cokelet vs magnum almond

tajuk entry ni brand aiskrim.. eja cokelet tu salah.. tahu..
dah hujung-hujung pregnancy ni wife aku suka sangat makan aiskrim.. (nasib baik aiskrim, kalau tony romas ke chilis ke masak aku..)
tiap kali beli aiskrim, dia mesti beli magnum almond.. sedap katanya..
tiap kali berhenti kat petrol pump, konfom dia order kat aku magnum almond ni..
so sebelum bayar nak pam minyak, aku hinggap la kejap kat tong aiskrim..
habis tu kalau dia makan tak kan aku nak tengok pulak kan??
aku pun sambar la aiskrim cornetto royale coklat..
aku peminat tegar aiskrim coklat.. aku rasa aiskrim coklat cornetto paling sedap sekali..
sebab tu aku amik brand cornetto..
yang herannya aku ni kalau coklat biasa aku takde la suka sangat.. aiskrim coklat je suka..

ada sekali tu wife aku beli aiskrim magnum almond untuk dia ngan magnum classic untuk aku bawak balik kat rumah..
disebabkan aku mengantuk, aku tak makan la aiskrim tu dulu.. simpan dalam peti ais..
bila aku bangun nak makan, wife aku dah sebat aku punya sebab tak tahan dia kata.. hahaha
klakar pon ada.. layankan je la kan..

aku slalu beli aiskrim "la crimera" letak kat peti ais umah..
konfom la perisa coklat kan..
paling lama seminggu je tahan, pastu dah abis..
sedap wok..

masa sugar test aritu nasib baik sugar level dalam darah wife aku ok..
so aku tak kisah sangat la dia nak bedal aiskrim..
tapi still kene jaga-jaga jugak..

lunch ni pon aku beli eskem coklat bawak naik opis..
nak bedal jap..
babai...


beli kat shell umah aku..