Total Pageviews

Wednesday, January 4, 2012

16 Disember 2011 / 20 Muharram 1432 Hijrah

Alhamdulillah... sudah selamat semuanya..
wife aku dah selamat melahirkan baby kami pada 16 Disember 2011 pukul 9.07 pm kat PPUM..
mesti panjang cerita ni kan.. i try make it short and interesting ok..

hari khamis 15 dec 2011 memang dijadualkan regular check up pregnancy untuk wife aku..
masa tu dah 39 minggu pregnancy.. sebelum tu, masa hari isnin wife aku ada hantar sample urine kat lab PPUM sebab suspect urine dia ada protein. to make it short, kalau dalam urine ada protein ni buat BP wife aku jadi tinggi.
on the day check up tu, BP wife aku border line, tak ingat berapa bacaan dia, tapi quite high laa..
lepas tu pulak hasil lab test urine dia significant ada protien.. confirmed! aduh...
no wonder la after the 8 weeks month of pregnancy wife aku selalu muntah-muntah and loya-loya, sebab BP tinggi..
doctor suspect  wife aku kena praeklampsia.. nanti cuba korang try google.. bahaya gak penyakit ni..
since agak bahaya and BP wife aku pun tinggi, doktor plan nak monitor wife aku for 24 hours..
lepas tu, esok pagi induce and terus bersalin, sebab takut BP lagi naik.. lagi pun baby dah matang, dah boleh bersalin tak payah tunggu lagi..
aku angguk je la apa doktor cakap.. so daripada regular check up, terus kene warded..

aku pon heran kenapa dia naik wheel chair. padahal boleh je berjalan.. heheehe.. baik nurse tu..
muka happy2 takut.. siap peace lagi..
masa tu perasaan aku bercampur.. however i remain calm and thinking what should i do..
kalau aku cemas wife aku lagi cemas la kan.. so aku buat-buat cool.. aku calling2 bagi tahu family-family semua..
aku suruh wife aku list down barang apa dia nak aku bawak since dia kene duduk duduk ward kan..
nasib baik tak panjang list dia.. siap suruh aku bawak bantal busuk dia tu..

aku rembat clip board doktor alas nak tulis.. hehe
sebenarnya masa nak pergi check up ni wife aku pergi sendiri dari rumah, aku masuk office dulu then baru pergi PPUM. lepas wife aku warded, aku kene balik office balik sebab nak kemas meja aku and nak tutup laptop.
masa otw balik office macam-macam aku fikir.. sampai aku salah jalan.. dari office nak balik rumah ambil barang wife aku pon sama.. salah jalan..
nak kata cemas takde la cemas sangat, cuma fikiran macam melayang sebab banyak sangat fikir.. excited.. takut pun ada..
lepas dah ambil barang2 yang wife aku nak kat rumah, aku pon datang la PPUM balik.. sampai2 kat ward je nurse dah pasang mesin yang nak monitor movement baby dalam perut..

apa tah nama mesin ni.. tak ingat..
aku datang balik siap bawak kfc.. wife aku dah lunch makanan hospital rupa-rupanya.. aku pun melantak la ayam kfc tu sampai lupa offer wife aku.. hahaha..
PPUM ni waktu melawat dia pukul 12 sampai 2 pastu pukul 5 sampai lapan malam. tak husband friendly.. tengah hari aku balik, petang tu datang balik lepak sampai malam. malam tu wife aku tido la kat hospital sorang2..

malam tu aku tido lambat basuh and steril botol susu nak store breast milk wife aku nanti.. dekat pukul 3 pagi baru aku tido sebab sebelum tu balik lewat pegi makan nasi lemak kampung baru and pegi uptown danau kota carik tungku air panas elektrik wife aku nak.. adik ipar aku temankan.. malam tu dia tido umah aku sambil tengok game M.U.. salah satu faktor tido lewat gak tu.. aku memang kipas susah mati team M.U ni..

ni lah botol susu yang aku basuh n steril sampai 3 pagi..
hari jumaat 16/12/2011 pagi-pagi wife aku call aku.. pukul 7.30 pagi kot.. dia kata dah nak masuk labor room doctor dah nak induce.. nanti tak boleh bawak telepon..
dengan pantas aku siap2 terus pergi hospital..
aku sampai hospital pukul 9. jem gilos.. aku sempat jumpa wife aku, dalam pukul 10 pagi sebelum dia masuk labor room.. masa tu wife aku bagi tau serviks dah bukak 3 cm..
salam2, cium2 sikit terus dia masuk labor room.. doktor kata lepas induce ada masa lagi 7 ke 8 jam sebelum bersalin.. PPUM ni tak bagi husband temankan so aku pun balik rumah dulu nak sembahyang jumaat and mertua aku nak datang kat rumah.

petang lepas sembahyang jumaat tu aku datang hospital balik dengan mertua aku.. dalam  pukul 4 lebih macam tu aku tanya nurse kat luar labor room tu dia bagi tau serviks dah bukak 6cm..
family aku and family wife aku berkampung kat lobi PPUM tu tunggu wife aku bersalin..
lepas maghrib aku follow up lagi dengan nurse, nurse bagi tau dah 8cm.. dalam hati aku kata dah tak lama lagi.. kesian wife aku, dari pagi dia tahan..

lepas tanya nurse, aku keluar jap dengan adik ipar aku naik motor dia nak pergi beli nasi bungkus untuk family2 kitorang.. pj kan jem tak hengat, sebab tu la aku decide naik motor je..
lepas sampai kat kedai aku pon order la makanan, otw balik naik motor tu tepon aku berbunyik, aku suruh adik ipar aku kat blakang seluk poket aku angkat tepon. masa tu dalam pukul 8 kot. biasanya kalau aku atas moto mana aku nak angkat tepon.
adik ipar aku cakap hospital call, cuak gila babs aku masa tu.. tuhan je yang tahu macam mana jantung aku bederau.. ala-ala rempit kebangsaan aku rembat laju-laju balik hospital. nasib baik nasik tak tumpah and kedai makan tu tak jauh sangat.

aku terus naik ke labor room jumpa doktor. doktor kata wife aku nak kene operate nak keluarkan baby. baby sleeping for the past three hours and not active. heart beat baby pun lemah. aku pun kata just do whatever u have to do la doctor..
aku sempat tanya doctor how long its gonna take? doctor kata dalam 1 hour plus..

masa menunggu nak operate tu tak payah cerita la dia punya nervous macam mana.. aku doa je banyak2..
masa tu dah pukul 10, takde apa-apa berita lagi.. doktor kata sejam lebih je.. ni dah 2 jam.. takut beb..

alhamdulillah.. akhirnya dalam pukul 10.20 tu nurse jerit "suami hazlina mohamad!!!" padahal aku depan dia je.. dia suruh aku masuk dalam tengok and azankan baby..
dengan suara ala2 maher zain aku azankan anak aku.. 
masa tu tak tergambar perasaan aku tengok anak aku tu..
family aku pun semua masuk tengok baby.. baby sihat.. takde kuning.. cukup sifat.. comel!! Alhamdulillah ya Allah...


rupa-rupanya baby aku lahir pukul 9.07 pm.. wife and baby aku keluar pukul 10 lebih tu maybe sebab nak jahit balik and mandikan baby kot..

muhammad al'faiq bin mohd fazrul


Syukur Alhamdulillah..

lepas ni aku sambung lagi... siap gambar baby banyak2..

Friday, December 16, 2011

Moment of truth

Di saat aku tulis blog ni, bukaan serviks wife aku dah 6cm...

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan isteriku, aku maafkan segala dosa-dosanya.. Kau ampunilah segala dosa-dosanya agar dia dapat melahirkan zuriatku dengan mudah.

Janganlah Kau ambil nyawanya walaupun aku tahu sekiranya kau takdirkan sebegitu maka isteriku akan fisabilillah..

Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw.. Amin ya rabbal alamin..

16/12/2011
4.21 pm
PPUM

Friday, November 25, 2011

Roti Gardenia Hijau

minggu ni dari isnin sampai jumaat straight aku breakfast wholemeal bread gardenia hujau tuh.. power kan?
sebenarnya memang ni pun breakfast ruji aku starting this year.. cuma sejak dah 3 minggu aku jadi fitness instructor kat gym office aku ni je aku lagi disiplin. dibantu oleh kerajinan wife aku prepare those breakfast early in the morning.

breakfast isnin: red salmon tuna tc boy
Lunch isnin: telur rebus hancur + blackpaper



















tapi kadang-kadang kalau ada makan-makan kat office ke, wife aku terbangun lewat or tak sihat ke, aku outstation ke or weekend and cuti baru la aku bedal typical malaysian breakfast seperti nasi lemak, roti canai, etc...

breakfast selasa: sosej with cheese
dari pemerhatian aku, tak ramai yang dapat follow healthy diet macam nih.. tepuk dada tanya weight scale tu..
kalau aku nak sembang pasal diet, health and fitness ala-ala kevin zahri sampai subuh pun tak habis..

breakfast rabu: egg banjo with mayonis
salah satu goal dalam hidup aku ialah tak nak out of shape sebelum umur 35.. kalau dapat sampai umur 40 or lebih lagi bagus la kan..
now i'm happy with my shape, cuma ada certain part yang nak kene toning sikit especially abs..
if possible nak dapat six pack balik macam zaman muda-muda dulu.. masa tengah peak main sport (hockey) untuk universiti..
start buat degree back in 2004 aku pun dah slow, lemak-lemak pun mula berkumpul..
zaman jadi trainer kat true fitness dulu pun tak dapat 6 pax sebab nak buat size, so kene makan dan bedal..
training pon tak cukup mantap kot..
dulu aku keding je... boleh refer kat gambar-gambar lama kat facebook.. so nak sasa la sikit.. haha

breakfast khamis: ramli burger of coz with cheese
bila aku join advertising back in early 2010 berat aku mencatatkan kenaikkan tertinggi dalam sejarah..
but still in shape though!! cuma muka jadi boolat.. bulat bulat bulat...
masa tu office lama aku provide lunch.. nasi padang, nasi campur, nasi ayam and once a while fast food, u name it.. memang membulat la aku time tu..
plus workout at the gym not consistent, always hang makan-makan with client.. memang padu la lemak kat perut masa tu..

breakfast jumaat: roti telur gulung sosej
start this year when i joined government agency ni aku start to make a change..
wife aku pulak rajin je buat breakfast untuk aku, walaupun dia tengah sarat pregnant..
so takde masalah la..
lunch pon kengkadang makan roti je..

wife aku lepas pantang nanti akan aku paksa workout balik kat gym..
masa anak dara dulu dia rajin, lepas kahwin dia malas..
masa dia pregnant ni ada aku ajak pergi swimming, tapi dia taknak.. takper la..
swimming make u easier to deliver.. tapi ada teknik dia laa..
lepas pantang nanti siap la! haha
hari-hari dia mengomel cakap dah gemok.. pregnant memang la kan..
dah almost a month aku follow strict diet ni and ada la nampak perubahan sikit..

tapi....

masalah muka yang bulat macam mana??